MODUL 1 ( KESIHATAN FIZIKAL)

Kesihatan Diri dan Reproduktif

          Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi tiga aspek penting iaitu memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan, mengetahui penjagaan kebersihan diri dan mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

          Pelbagai alternatif dapat digunakan bagi memastikan topik ini dapat disampaikan kepada para pelajar. Antaranya ialah menggunakan pendekatan patung dan melalui tayangan video. Penggunaan patung dapat membantu para pelajar mengenali bahagian tubuh iaitu kepala, badan, tangan, kaki dan genital. Melalui cara ini para pelajar dapat memahami aspek fizikal antara lelaki dan perempuan. Murid dapat mempelajari setiap anggota tubuh badan manusia secara maujud melihat sendiri bentuk anggota tubuh badan manusia. Di samping itu, iainya juga dapat mendidik para pelajar untuk berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat oleh orang yang tidak dikenali atau bukan muhrim setelah para pelajar memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. Ini dapat mengelakkan berlakunya perbuatan cabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak.

 Selain itu, tayangan video amat membantu para pelajar mengetahui penjagaan kebersihan diri dan penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri. Tayangan video seperti cara mandi yang betul, mencuci tangan dan kaki yang betul, membersih dan memotong kuku dengan betul, menggosok gigi dan mencuci organ genital dengan betul membantu para pelajar mengamalkan cara hidup sihat. Dengan cara ini, murid juga dapat memahami dan mempelajari kesan-kesan jika tidak menjaga kesihatan anggota tubuh badan dengan betul seperti penyakit-penyakit yang biasa dan mudah dihidapi oleh murid-murid terutama penyakit berjangkit seperti kurap, panau, kudis dan sebagainya.

          Topik ini juga dapat meningkatkan nilai-nilai moral para pelajar seperti lebih mengambil berat tentang kesihatan seksual setelah mempelajari untuk tidak bersentuhan bagi yang bukan muhrim dan mempelajari untuk tidak berkongsi alatan keperluan diri masing-masing. Ianya juga dapat membentuk pandangan yang positif di kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

          Dalam masa yang sama, topik ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kepada pelajar seperti mengelakkan masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini dan akan datang. Ini kerana pelajar lebih memahami konsep HARAM bagi bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Para pelajar juga terhindar daripada masalah penyakit berjangkit akibat daripada perkongsian alatan keperluan diri.

          Oleh yang demikian, topik ini dapat membentuk para pelajar menjadi pelajar yang dapat membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan diri  serta tingkah laku seksual masa kini dan masa depan. 

ASRI BIN KHALID

CT10210091

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN 5

 

Tarikh                     : 07 . 07 . 2011 (khamis)

Masa                      : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)

Kelas                      : 5  Bestari

Bilangan Murid          : 32 orang

Tunjang pembelajaran  :  Kemahiran (Olahraga)

Bidang Pembelajaran      : i). Acara lari berganti-ganti

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar berpengalaman melakukan teknik pertukaran baton gaya selang- seli tanpa pandangan dan gaya selang-seli  secara pandang semasa  tahun 4.

Objektif Tingkahlaku      : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar   akan dapat:

Psikomotor                  :

i. Melakukan teknik hantaran dan dan terima baton   secara statik sebanyak 10 kali percubaan.

ii. Mengaplikasikan teknik hantaran dan terima baton dengan betul dalam permainan kecil.

Kognitif                       :

i. Mengetahui cara menghantar dan menerima  yang betul dalam acara

lari berganti-ganti.

ii. Menyatakan peraturan dalam teknik hantaran dan terima baton.

Afektif                        :

i. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

ii. Membina keyakinan diri.

iii. Menggambarkan satu keseronokan dalam kalangan pelajar melalui

aktiviti permainan kecil.

KBKK                            : Kaitan koordinasi antara pancaindera dan latihan.

Peralatan                     : 1) Sketel (16 buah)      2) bola ( 16 biji )      3) baton ( 8 batang)                                    4) penanda ( 8 buah)    5) wisel                  6) stopwatch

Keselamatan              : 1.Memastikan murid memakai pakaian sukan yang sesuai dan betul.

2. Memastikan kawasan latihan adalah sesuai dan selamat untuk sesi

latihan dan pembelajaran.

BIL /

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

Langkah 1

Set induksi

 

10 minit

 Memanaskan Badan

Memanaskan badan :

Murid berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan.

Regangan menggunakan alatan.

 

1.Tunjukkan baton1. Murid berlari kawasan yang ditetapkan.

2. sentuh bahu rakan manakala rakan cuba elak

3. rakan yang disentuh cuba sentuh bahu kawan pula

1. High-Knee

2. Back-kick

3. Lari ketam sisi kiri/kanan

1. Pelajar      mengetahuikepentingan memanaskan sebelum memulakan acara.

2. Tahu apa yang  akan dipelajari

1.Pelajar bekerjasama dan seronok dalam melakukan aktiviti yang diarah oleh guru1. Perasaan ingin tahu Memanaskan Badan     G

    X

           X          X

                X

G – Guru

X – Murid

– Skitel

 

 

Langkah

2

8 minit

 Demonstrasi.

(koordinasi)

 

Guru menunjukcara kemahiran menghantar  dan menerima baton kepada semua pelajar dalam kawalan berbentuk ladam kuda.

Menghantar:-badan  condong ke

hadapan

-kaki kanan di hadapan

-kaki kiri di belakang

-lutut dibengkokkan

sedikit.

-Tangan kiri lurus ke

hadapan.

-Tangan kanan di

belakang dan siku bengkok sedikit.

1.Pelajar memahami kedudukan kaki, tangan dan tubuh semasa menghantar baton2.Tahu koordinasi  mata dengan tangan. 1.Menyesuaikan diri2.Bersedia menerima

teguran.

Pelajar berkumpul dalam bentuk ladam kuda.                     G

X                        X

   X                  X

        X   X     X

 

G – Guru        

X – Murid

BIL/

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA

ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

Langkah      3

 

10 minit

 Aktiviti 1:

 

Lari pecut 30 meter

(kelajuan)

1. Murid dibahagi dalam 8 kumpulan.

2. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang murid.

Menerima-badan condong ke hadapan

-kaki kiri di hadapan kaki kanan dibelakang

-lutut dibengkokkan

-tangan kiri lurus ke belakang

-tangan kanak ke

hadapan dan siku dibengkokkan sedikit.

-Tapak tangan buka ke

Atas.

1. murid akan lari pecut dari garis mula hingga hujung kon sejauh 30 meter.

2. murid akan berlari sambil memegang baton.

3. Aktiviti akan dilakukan serentak untuk 5 kumpulan.

1.Pelajar memahami kedudukan kaki, tangan dan tubuh semasa menerima baton.2. Tahu koordinasi  mata dengan tangan

1.Bagaimana kedudukan badan, kaki  dan tangan semasa berlari.

2. cara memegang baton dengan betul semasa berlari.

1.Bangga melakukanyang terbaik

1.Kesungguhan melakukan aktiviti

2. disiplin dan teknik dalam larian baton

1      2     3    4    5

KON PENAMAT

GARIS MULA

JARAK 30 METER

BIL /

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

 

Langkah 4

 

7 minit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 5

 

10 minit

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 6

 

10 minit

Langkah 7

 

5 minit

Aktiviti 2 

Bangkit tubi

(kekuatan)

1. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.

2. Setiap pasangan akan diberi sebiji bola sepak / tampar / keranjang/jarring

3. Pastikan murid melakukan ditempat yang rata.

 

 

 

Aktiviti 3

Permainan kecil

Lari berganti-ganti 30 meter

 

daya tahan kardiovaskular

 

1. Murid akan berada dalam kumpulan asal 6 orang setiap kumpulan

2.Setiap kumpulan akan diberi sebatang baton.

Aktiviti 4

Kemuncak Aktiviti

Pertandingan dalam kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli

Penutup

 

Menyejukkan badan.

Guru merumuskan pelajaran

Perbincangan:

Nyatakan teknik hantaran dan terima baton?

1. Murid akan melakukan aktiviti bangkit tubi sambil memegang bola.2. Murid A akan melakukan aktiviti manakala murid B akan bertindak sebagai pembantu dan mengira jumlah bangkit tubi yang diperolehi.

3. Pastikan murid lakukan aktiviti dengan betul

1. Pelari pertama akan berlari perlahan/jogging dan memberi baton kepada pelari kedua.

2. pelari kedua akan terima baton dan pecut ke pelari ketiga dan seterusnya secara selang-seli

3. Pusingan ke-2 pelari pertama akan pecut dan beri baton kepada pelari kedua.

4. Pelari kedua akan berlari secara jogging dan beri baton ke pelari 3 dan seterusnya secara selang-seli.

5. Pusingan seterusnya semua pelari dalam kumpulan akan berlari berganti-ganti secara pecut.

1. Pelari pertama berlari menuju ke skital mengambil baton dan berpatah balik menuju ke bahagian belakang kumpulan.

2. Pelari kedua bersedia dan  untuk menerima baton pelari pertama.

3. Pelari kedua akan menuju ke skital serta berpusing ke skital dan mengulangi langkah pelari pertama tadi.

4. Pastikan semua peserta menamatkan larian.

5. Pasukan yang selesai dahulu dikira pemenang.

1. Murid dalam kedudukan  berselerak di atas padang dan lakukan aktiviti regangan

2. Berada dalam separuh bulatan mendengar rumusan guru.

1. Murid dapat melakukan aktiviti dengan cara yang betul.2. Tahu fungsi dan kesan aktiviti yang dijalankan

-kekuatan abdomen

-kekuatan kaki

-kekuatan tangan

1. Murid melakukan aktiviti dengan teknik yang betul.

2. Melakukan aktiviti memberi dan menerima baton dengan teknik yang betul.

1. Pelajar mengaplikasikan kemahiran menghantar dan menerima baton.

2. Peraturan diserapkan secara  spontan

1.Tahu mengapa perlu menyejukkan badan.

2. mengetahui teknik menghantar dan mnerima baton

1. Melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan guru.2. Disiplin yang tinggi semasa menjalankan aktiviti.

3. Kejujuran

1. Melakukan aktiviti dengan semangat berpasukan yang tinggi.

1. Seronok dalam melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan.

2. Semangat berpasukan.

3. Teknik baton yang betul.

1. Menghargai

2. Tolong menolong menyimpan alatan

B     B       B      B      B

Mula/pelari pertama

B   Pelari kedua

Sketel/kon

G

       X 1              X 1

 

       X 2             X 2

 

       X 3             X 3

 

       X 4             X 4

 G   = GURU

X 1 = MURID

      = SKITEL

G

        

X                        X

   X                  X

        X   X     X

G – Guru        

X – Murid

 

ASRI BIN KHALID

CT10210091

Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Pendahuluan

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).

Ujian atau sistem peperiksaan adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek yang dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat meletakkan negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu.

 

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif  pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.

Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.

Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Definisi penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, andproviding useful information for judging decision alternatives.

Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada‘pengujian’ dan ‘pengukuran’. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).

Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan banyak perkara kerana terangkum di dalamnya proses ”ujian”, peperiksaan, pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Phopham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.

Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan, pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).

Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.

Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Tujuan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.

 

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:

i.            Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ii.            Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

iii.            Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

iv.            Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

v.            Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

vi.            Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal.

vii.            Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.

  1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Kesimpulan

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Bibliografi

(n.d.). Retrieved May 6, 2012, from http://unitpeperiksaanipgkt.blogspot.com/2012/02/terry-d.htm Cronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper & Row

Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan

Firma, P. (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya: Penerbit Firma

Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for  analysis and application 2nd ed.        Charles E.Merril

Konsep Penilaian. (n.d.). Retrieved May 4, 2012, from  http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61

Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mengapa Pelajaran Pendidikan seni Perlu melalui Proses penilaian? Apakah aspek yang perlu dinilai? (2009, August 8). Retrieved May 6, 2012, from http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/mengapa-pelajaran-pendidikan-seni-perlu.html

Pengertian dan Konsep. (n.d.). Retrieved May 4, 2012, from http://ipks.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=component&format=raw&Itemid=41-

Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. (n.d.). Retrieved May 6, 2012,fromhttp://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-Penilaian-dalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-

Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2011, Jan 4). Retrieved May 6, 2012, from http://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdf-

Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school tests. London: Allyn & Bacon

Stufflebeam, D.L. et. al. (1971). Educational Evaluation and Decision-making. Ithaca, Illinois: Peacock

 

MODUL 1 ( KESIHATAN FIZIKAL)

Kesihatan Diri dan Reproduktif

          Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi tiga aspek penting iaitu memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan, mengetahui penjagaan kebersihan diri dan mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

          Pelbagai alternatif dapat digunakan bagi memastikan topik ini dapat disampaikan kepada para pelajar. Antaranya ialah menggunakan pendekatan patung dan melalui tayangan video. Penggunaan patung dapat membantu para pelajar mengenali bahagian tubuh iaitu kepala, badan, tangan, kaki dan genital. Melalui cara ini para pelajar dapat memahami aspek fizikal antara lelaki dan perempuan. Murid dapat mempelajari setiap anggota tubuh badan manusia secara maujud melihat sendiri bentuk anggota tubuh badan manusia. Di samping itu, iainya juga dapat mendidik para pelajar untuk berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat oleh orang yang tidak dikenali atau bukan muhrim setelah para pelajar memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. Ini dapat mengelakkan berlakunya perbuatan cabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak.

 Selain itu, tayangan video amat membantu para pelajar mengetahui penjagaan kebersihan diri dan penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri. Tayangan video seperti cara mandi yang betul, mencuci tangan dan kaki yang betul, membersih dan memotong kuku dengan betul, menggosok gigi dan mencuci organ genital dengan betul membantu para pelajar mengamalkan cara hidup sihat. Dengan cara ini, murid juga dapat memahami dan mempelajari kesan-kesan jika tidak menjaga kesihatan anggota tubuh badan dengan betul seperti penyakit-penyakit yang biasa dan mudah dihidapi oleh murid-murid terutama penyakit berjangkit seperti kurap, panau, kudis dan sebagainya.

          Topik ini juga dapat meningkatkan nilai-nilai moral para pelajar seperti lebih mengambil berat tentang kesihatan seksual setelah mempelajari untuk tidak bersentuhan bagi yang bukan muhrim dan mempelajari untuk tidak berkongsi alatan keperluan diri masing-masing. Ianya juga dapat membentuk pandangan yang positif di kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

          Dalam masa yang sama, topik ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kepada pelajar seperti mengelakkan masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini dan akan datang. Ini kerana pelajar lebih memahami konsep HARAM bagi bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Para pelajar juga terhindar daripada masalah penyakit berjangkit akibat daripada perkongsian alatan keperluan diri.

          Oleh yang demikian, topik ini dapat membentuk para pelajar menjadi pelajar yang dapat membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan diri  serta tingkah laku seksual masa kini dan masa depan. 

ASRI BIN KHALID

CT10210091

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN 5

 

Tarikh                     : 07 . 07 . 2011 (khamis)

Masa                      : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)

Kelas                      : 5  Bestari

Bilangan Murid          : 32 orang

Tunjang pembelajaran  :  Kemahiran (Olahraga)

Bidang Pembelajaran      : i). Acara lari berganti-ganti

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar berpengalaman melakukan teknik pertukaran                         baton gaya selang-seli tanpa pandangan dan gaya selang-seli  secara pandang semasa di tahun 4.

Objektif Tingkahlaku : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

Psikomotor :

i.Melakukan teknik hantaran dan dan terima baton secara statik sebanyak 10 kali percubaan.

ii. Mengaplikasikan teknik hantaran dan terima baton dengan betul dalam permainan kecil.

Kognitif :

i. Mengetahui cara menghantar dan menerima  yang betul dalam acara                                 lari berganti-ganti.

ii. Menyatakan peraturan dalam teknik hantaran dan terima baton.

Afektif :

i. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

ii. Membina keyakinan diri.

iii. Menggambarkan satu keseronokan dalam kalangan pelajar melalui              aktiviti permainan kecil.

KBKK                            : Kaitan koordinasi antara pancaindera dan latihan.

Peralatan                     : 1) Sketel (16 buah)      2) bola ( 16 biji )      3) baton ( 8 batang)                                    4) penanda ( 8 buah)    5) wisel                  6) stopwatch

Keselamatan              :

1.Memastikan murid memakai pakaian sukan yang sesuai dan betul.

2. Memastikan kawasan latihan adalah sesuai dan selamat untuk sesi latihan dan pembelajaran.

BIL /

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

Langkah 1

Set induksi

 

10 minit

 

Memanaskan Badan

Memanaskan badan :

Murid berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan.

Regangan menggunakan alatan.

 

1.Tunjukkan baton

1. Murid berlari kawasan yang ditetapkan.

2. sentuh bahu rakan manakala rakan cuba elak

3. rakan yang disentuh cuba sentuh bahu kawan pula

1. High-Knee

2. Back-kick

3. Lari ketam sisi kiri/kanan

1. Pelajar      mengetahui

kepentingan memanaskan sebelum memulakan acara.

2. Tahu apa yang  akan dipelajari

1.Pelajar bekerjasama dan seronok dalam melakukan aktiviti yang diarah oleh guru

1. Perasaan ingin tahu

Memanaskan Badan

     G

    X

           X          X

                X

G – Guru

X – Murid

– Skitel

 

 

Langkah

2

8 minit

 

Demonstrasi.

(koordinasi)

 

Guru menunjukcara kemahiran menghantar  dan menerima baton kepada semua pelajar dalam kawalan berbentuk ladam kuda.

Menghantar:

-badan  condong ke

hadapan

-kaki kanan di hadapan

-kaki kiri di belakang

-lutut dibengkokkan

sedikit.

-Tangan kiri lurus ke

hadapan.

-Tangan kanan di

belakang dan siku bengkok sedikit.

1.Pelajar memahami kedudukan kaki, tangan dan tubuh semasa menghantar baton

2.Tahu koordinasi  mata dengan tangan.

1.Menyesuaikan diri

2.Bersedia menerima

teguran.

Pelajar berkumpul dalam bentuk ladam kuda.

                     G

X                        X

   X                  X

        X   X     X

 

G – Guru        

X – Murid

BIL/

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA

ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

Langkah

     3

 

10 minit

 

Aktiviti 1:

 

Lari pecut 30 meter

(kelajuan)

1. Murid dibahagi dalam 8 kumpulan.

2. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang murid.

Menerima

-badan condong ke hadapan

-kaki kiri di hadapan kaki kanan dibelakang

-lutut dibengkokkan

-tangan kiri lurus ke belakang

-tangan kanak ke

hadapan dan siku dibengkokkan sedikit.

-Tapak tangan buka ke

Atas.

1. murid akan lari pecut dari garis mula hingga hujung kon sejauh 30 meter.

2. murid akan berlari sambil memegang baton.

3. Aktiviti akan dilakukan serentak untuk 5 kumpulan.

1.Pelajar memahami kedudukan kaki, tangan dan tubuh semasa menerima baton.

2. Tahu koordinasi  mata dengan tangan

1.Bagaimana kedudukan badan, kaki  dan tangan semasa berlari.

2. cara memegang baton dengan betul semasa berlari.

1.Bangga melakukan

yang terbaik

1.Kesungguhan melakukan aktiviti

2. disiplin dan teknik dalam larian baton

1      2     3    4    5

 

KON PENAMAT

GARIS MULA

JARAK 30 METER

BIL /

MASA

AKTIVITI

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

RAJAH/CARTA ORGANISASI

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

 

Langkah 4

 

7 minit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 5

 

10 minit

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 6

 

10 minit

Langkah 7

 

5 minit

Aktiviti 2

 

Bangkit tubi

(kekuatan)

1. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.

2. Setiap pasangan akan diberi sebiji bola sepak / tampar / keranjang/jarring

3. Pastikan murid melakukan ditempat yang rata.

 

 

 

Aktiviti 3

Permainan kecil

Lari berganti-ganti 30 meter

 

daya tahan kardiovaskular

 

1. Murid akan berada dalam kumpulan asal 6 orang setiap kumpulan

2.Setiap kumpulan akan diberi sebatang baton.

Aktiviti 4

Kemuncak Aktiviti

Pertandingan dalam kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli

Penutup

 

Menyejukkan badan.

Guru merumuskan pelajaran

Perbincangan:

Nyatakan teknik hantaran dan terima baton?

1. Murid akan melakukan aktiviti bangkit tubi sambil memegang bola.

2. Murid A akan melakukan aktiviti manakala murid B akan bertindak sebagai pembantu dan mengira jumlah bangkit tubi yang diperolehi.

3. Pastikan murid lakukan aktiviti dengan betul

1. Pelari pertama akan berlari perlahan/jogging dan memberi baton kepada pelari kedua.

2. pelari kedua akan terima baton dan pecut ke pelari ketiga dan seterusnya secara selang-seli

3. Pusingan ke-2 pelari pertama akan pecut dan beri baton kepada pelari kedua.

4. Pelari kedua akan berlari secara jogging dan beri baton ke pelari 3 dan seterusnya secara selang-seli.

5. Pusingan seterusnya semua pelari dalam kumpulan akan berlari berganti-ganti secara pecut.

1. Pelari pertama berlari menuju ke skital mengambil baton dan berpatah balik menuju ke bahagian belakang kumpulan.

2. Pelari kedua bersedia dan  untuk menerima baton pelari pertama.

3. Pelari kedua akan menuju ke skital serta berpusing ke skital dan mengulangi langkah pelari pertama tadi.

4. Pastikan semua peserta menamatkan larian.

5. Pasukan yang selesai dahulu dikira pemenang.

1. Murid dalam kedudukan  berselerak di atas padang dan lakukan aktiviti regangan

2. Berada dalam separuh bulatan mendengar rumusan guru.

1. Murid dapat melakukan aktiviti dengan cara yang betul.

2. Tahu fungsi dan kesan aktiviti yang dijalankan

-kekuatan abdomen

-kekuatan kaki

-kekuatan tangan

1. Murid melakukan aktiviti dengan teknik yang betul.

2. Melakukan aktiviti memberi dan menerima baton dengan teknik yang betul.

1. Pelajar mengaplikasikan kemahiran menghantar dan menerima baton.

2. Peraturan diserapkan secara  spontan

1.Tahu mengapa perlu menyejukkan badan.

2. mengetahui teknik menghantar dan mnerima baton

1. Melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan guru.

2. Disiplin yang tinggi semasa menjalankan aktiviti.

3. Kejujuran

1. Melakukan aktiviti dengan semangat berpasukan yang tinggi.

1. Seronok dalam melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan.

2. Semangat berpasukan.

3. Teknik baton yang betul.

1. Menghargai

2. Tolong menolong menyimpan alatan

B     B       B      B      B

Mula/pelari pertama

B   Pelari kedua

Sketel/kon

G

       X 1              X 1

 

       X 2             X 2

 

       X 3             X 3

 

       X 4             X 4

 G   = GURU

X 1 = MURID

      = SKITEL

G

        

X                        X

   X                  X

        X   X     X

G – Guru        

X – Murid

 

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!